Friday, November 27, 2009

persoalan setelah rehat di tapah.....25 november 2009

aku bersama beberapa rakan dan pegawai dalam pejalanan pulang dari negeri pahang darul makmur yang sies sangat memenatkan...perjalanan yang mencabar dan panjang..sebenarnya bukan itu yang ingin aku kongsikan..tetapi...tentang satu persoalan yang tiba2 diutarakan oleh pegawai kami..iaitu tentang Melayu Islam di negara maju jiran kita tu..hurm...nenek dan saudara mara aku ramai di negara itu sebenarnya...bila raya dan semua orang balik kampung..kami pun balik juga..tapi balik bandar..gheee...okeh jgn melalut..gheee...aku pun berkongsi itu ini bersembang tentang perkara tersebut...erm kadangkala sebahagian daripada penduduk melayu islam di negara tersebut bagai sudah tiada komitmen lagi dengan perintah agama..bagaimana sayunya bila kanak-kanak berumur 10 tahun bertanyakan " uncle tga buat apa tadi" setelah melihat unclenya menunaikan solat...mengikut pandangan pegawai aku itu, beliau mengatakan bahawa mereka sudah tiada asas...kerana apabila asas tiada bagaimana semua konsep nak difahami..aku bina analogi seperti ini, jika kita tidak tahu asas menggunakan FACEBOOK bagaimana kita akan mahir untuk mengendalikanya..gheeee(ada makna ni)..beliau tambah lagi, Islam itu jika ia ditekan maka ia akan berada dikelasnya yang tersendiri..islam agama yang syumul tidak ada expired....jadi asas itu memainkan peranan yang amat2 pnting jika kita tidak mahu Islam di Malaysia menjadi seperti senario itu...kita sesungguhnya bertuah kerana agama Islam merupakan antara matapelajaran wajib yang perlu diajarkan dalam waktu formal pengajaran & pembelajaran.... lebih bertuah adalah di negeri selangor dan johor yang mempunyai sekolah agama di sebelah petang. sesungguhnya ia adlah salah satu daripada pembinaan asas keimanan dalam hati2 setiap generasi muda Islam walaupun dirumah mereka adalah dari klangan ibubapa yang sedikit lalai dalam aspek keagamaan. aku cuba mencari2 maklumat mengenai melayu islam di negara tersebut..hurm..jika hari ini sebahagian daripada Melayu Islam dinegara tersebut hanya sekadar nama dan begitu bangga makan semasa membeli makanan di bazar ramadhan jam 5 petang...itu adalah kejayaan pemerintahnya yang terdahulu yang berusaha untuk sebolehnya menyekat gelombang yang dianggap tsunami yang boleh menengelamkan mereka. pelbagai yang mereka lakukan ....bermacam2 uasaha yang kadangkala mungkin orang Melayu Islam di sana tidak sedar..errkk..mungkin kerana tiada asas...( kiranya bagai perlu ditukar title post ni kepada "kerana tiada asas..ghee)...pemimpin mereka sebolehnya tidak mahu jika bangsa Melayu Islam ini meningkat dan ingin mengkalkan bangsa Cina pada tahap 75%..dan apabila penduduk cina mengalami transisi penurunan kadar kesuburan akibat daripada urbanisasi yang pesat maka pemimpin mereka dengan bijak membawa masuk imigrain dari negara cina dan kemudianya diberi taraf penduduk tetap...dan mereka juga tersenyum kini apabila kadar penurunan kesuburan dalam kalangan masyrakat Melayu Islam...disamping itu juga mereka menggalakan penduduk negara mereka berkahwin dengan warga asing dan mereka diberi taraf penduduk tetap.. ...senario lain adalah sperti pembubaran kampung melayu di negara tersebut dan penduduk Melayu Islam ditempatkan ditiap2 kawasan perumahan dengan jumlah yang tertentu..jika lebih keluarga disitu mereka pindahkan ke tempat lain...macmtula ayat mudahnya..pastu kebajikan mereka juga tidak dberi perhatian ....pemimpinya pernah berkata mereka meragui kesetiaan orang2 melayu islam ini...nah kerana itulah Melayu Islam disana adalah bangsa yang dirangking akhir berbanding bangsa lain...generasi muda dari segi pendidikan???hanya lebih kurang 1.15% sahaja siswazah Melayu Islam grad setiap tahun di sana......alhamdullillah..walaupun aku tahu aku masih lagi mempunyai iman senipis kulit bawang namun aku bersyukur aku masih lagi mempunyai asas itu dan aku masih lagi dikelilingi oleh insan2 yang sentiasa menegur dan membimbingku ke jalan yang benar...jika aku tidak selesa sentiasa dipandang bertudung dan aku digelakkan apabila muka ini berbelang bekas memakai tudung oleh sepupu2ku..tapi sebenarnya hati ini bersyukur serta sayu lantas sentiasa tertanya adakah peluang sepupu2ku itu akan mendapat hidayah untuk mnerima Nur islam yang sebenar2nya dan bukan sekadar islam pada nama...terima kasih mak dan ayah yang melahirkan dan mendidiku sebagai seorang Islam...
Moga aku mampu mendidik anak2ku kelak mencapai Nur Islam yang kita cintai....aku perlu bnyak belajar...aku belum bersedia untuk itu..gheee..bila nak besedia pun entah....gheeee.....yang kumohon..Allah Kau redailah aku....amin....
pensyarah munakahat tu yang banyak menyedarkan aku sebenarnya..dan pensyarah sejarah tu pulak sentiasa buat aku berfikir...gheee...luv both of them..gheeeee....

tarian jemari yang sudah tumpul tajamnya.....

aku sudah lama tidak menulis di sini..entah..hari ini mungkin aku ada waktu untuk menulis..memang jika kita tidak bersedia untuk meluangkan waktu..kita akan tiada waktu itu...erm...hari ini hari raya aidiladha..aku sendirian di kampus..dalam konteks peribadi la...tiada kawan2..kalau org2 yang aku tak kenal..pakarab2 ade la..gheee..pegawai2 adela...kui3...erm...aku memilih untuk tidak pulang kerana kutahu jika aku inginkan sesuatu yang akan membuat aku tersenyum aku perlu berusaha dan berkorban untuknya..dan aku telah memilih jalan itu....mak ayah..adik...kakak akan balik...sekejap je lagi...kakak kan dah janji....erm...akan ku adakan masa itu...kadang2 jika kita jengah dari aspek pengurusan masa orang yang sibuk ini akan lebih bnyak menyelesaikan bnyak masalah berbnding orang yang dalam kelapangan atau diwaktu kita dalam waktu bersantai2...namun kadangkala kesibukan itu jua membuatkan kita terlepas pandang dan kurang memberi penghargaan pada org2 yang dekat dengan kita apatah lagi pada orang yang memandang kita dari jauh.....sesungguhnya Allah kurniakan kita adil 24 jam sehari....jadi terserahlah pada kita untuk mengurusnya...Surah Al-‘Asr (سورة العصر) adalah surah ke-103 titipan Allah buat kita ...# الْعَصْرِ Demi masa.
# إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
# إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran
aku sentiasa tidak mahu hidup dalam kerugian...namun benarkah apa yang kukejar ini...
Allah redailah aku.....
keluargaku yang tercinta ..kasih ini tidak pernah berubah
rakan2ku yang tercinta, nana, aini, dayang, dini, yani, liza, mia, siti fatimah, thifa, anis, mala....thanks for everitin...masa2ku cukup indah dengan adanya kalian...
pembimbing2 yang tersayang doc hasanah, doc naza, prof osman, cikgu cham, cikgu mai, kak ana, doc imah, doc aziah, prof shimah hashim dan semua.....terima kasih atas segalanya....sesungguhnya tanpa kalian..aku tidak akan menjadi manusia....
tarian jemari ini akan aku asah kembali",..
(dah lama aku tak tidur jam 10 malam hingga 6 pagi kan..gheee)dari 6 pagi sampai 10 pagi selalu gheee..betulkan yang biasa biasakan yang betul...subuh adalah permulaan hari bukan penamat hari..huuuuuuuuuu....