Thursday, July 23, 2009

Kem Pimpin Siswa : siri 2 : kem PJ Sentosa kuala Nerang...

erm dah masuk siri 2 kem ni..kali ini aku ikut lagi untuk jd fassi...erm mula2 mang da tak nak pegi...tapi tb2 adalah sebb2 yg wat aku ubah fikiran disaat akhir...
kem ni adalah boleh aku sifatkan, erm " kem airmata" buat aku...waaaaaa tak mo lagi diuji macm ni...leh jd sewel woo...huhuuuhu..tapi Allah tak akan bagi dugaan pada insan yg tak mampu menanggungya...dengan dugaan ini beberapa perkara yang aku sedar dan ingin sekali aku catat di sini |:

1. amanah, tanggunggjawab vs alaa takpe orang lain ader...
2. siapa kawan dan siapa sahabat
3. fungsi seorang ketua
4. perikemanusiaan.

1. aku malas nak bercerita panjang kerana ia amat menyakitkan dan mendukacitakan..huhuu ceh ayat tak boleh bla..ehehehe... tapi nak share ckit2..erm.. kadang-kadang kita cuba untuk sentiasa bertanggungjawab atas tugas2 yang diserahkan kepada kita tapi malangnya bila kita dikelilingi dengan org yang kurang bertanggungjawab maka kita akan sakit jua...huhuuuhu..biarlah...mgkin org lain ader kata mereka..kat sanaaaa nanti kalau kena soal pandai2 la jawab...huhuhuhu

2. aku senang dapat kawan, tapi aku hanya beberapa orang sahabat yang akan ada disisi aku lebih dari teman istimewa aku sendiri..jika aku dalam kesusahan dan emegency aku tak perlukan apa2 tapi aku hanya perlu lihat muker diorang tu, pastu citer kat diorg..last2 aku akan dapat cr jalan selesaikan masalah..(bukan diorang yg setelkn ok) ehehe apa yg nak aku sampaikan kat sini, walaupun aku tahu aku boleh dan mampu selesaikan semua masalah yang datang aku masih perlukan kawan atleast untuk pendengar apa yg ingin aku cterkan...nana, dan meem..tiada sahabat yg mampu untuk menggantikan tempat mereka...walaupun kami sentiasa kongkang..hahahahaa tula yg besh...dan sure kalau aku bersama-sama mereka kami saling melengkapi dan akan ketawa terbahak-bahak sampai teresak2..
ehehehe...skang da tambah lgi sorang ..aini...kena buli ajer minah tu ehehehe..
masalah besar aku masa balik kem ni mampu aku tangani dengan kekuatan mereka... korang thanks...

tangisan vs gedik...

bl duk temenung ni..aku muhasabah diri la..kenapa naku selalu mengalirkan air mata..yang org laen tak sedih pun aku sedih...kenapa aku susah nak kawal...aku ada bersembang dengan seorang kaunselor di lamn chating..bl aku tanya mengapa sikap aku dan hati aku begini..beliau kata...mungkin aku pernah melalui saat yang terlalu perih sehingga ia membuat segala kekuatan aku hilang untuk mnghadapi sebarang bentuk kesedihan. bl aku melihat ayat2 itu aku berpaling kepada masalah2 yang pernah kulalui..ya ia amat perih..dan aku bangun selepas tersungkur...dan kemudian aku tersungkur lagi...dan dengan payah aku bangun...syukur aku masih lagi mampu berdiri kini...memang segala kesedihan lampau dapat aku tangani..tapi aku pasti ini adlah kesanya...airmata ku terlalu murah...dan hati aku terlalu sayu...bukan hipokrit untuk minta simpati dari semua org sekeliling bukan ngda2 bukan...tapi entah...pilu hati tu bergandingan dengan airmata...erm sebagai contoh..malam pembubaran MPD tekun dan majlis perpisahan...hati ini bagai trelalu kehilangan..bagai aku akan kehilangan sebahagian daripada hidup aku...disaat orang lain semua boleh berbual dan tertawa mesara tapi aku mengalirkan airmat setibanya aku ditempat kejadian..tambahan pulak nampak kak ana yang dah lama aku tak jumpa tu huhuhuuhu..bagai tersayat jer hati ini....lagi2 bl ucapan demi ucapan disampaikan...adoyai...huduh gler muker aku ni aser....tp sies aku mang rasa kehilangan...aku sayang sangat MPDT...tapi kau tau aku tak bawak MPDT menuju bintang ..itu yang membuat aku sedih....biar semua orang mentertawakan tangisan aku tapi aku bersyukur punyai rasa ini...atleast aku masih ada rasa sayang dan cinta pada apa yang aku milikki dan org2 yang aku sayngi... maka bertuahnya merekan kerana punya aku menyayngi mereka... wawawawa
ada yang bg gelaran pelakon airmata pad aku...walaupun rasa terguris sdikit tapi...erm biarlah mungkin itu yang akan membuat dia tidak akan lupa pada aku...
sesungguhnya jika aku menangis..ia bukan lakonan...airmata aku tidak pernah menipu...huhuhuhuhuhu....biarlah...Allah itu maha mengetahui...

matematik dan genetik...

tadi baby (adik aku yang bongsu)cal..mngkin sebb aku da lama tak call dia...erm..agak la..sejak kau aku balik usm lebih sebulan setengah yang lepas...itupun seminggu je aku di kampung...dia merungut2 subjek matematik semakin susah...dan dia kata kalau aku kat kampung kan best..boleh ajar dia..

bila terdengar aper yang dia cakap..aku teringat masa aku kecik2 dulu...segalanya aku lakukan sendirian..homework sendirian...ader je kakak..tp dek kerana penah sekali kena marah sebab lembab no tak faham apa yang diajar aku pun trus pk nak wat segalanya sendiri...dulu pon aku amat benci subjek metematik.kalau kawan2 aku rasa matematik adalah penyelamat tp aku..ehehehe ia bagai tali gantung...semuanya kerana cikgu....dia badan besar..sekali tgok mang ar menggerunkan..aku baru darjah 5 masa tu...
lepas abis ajar...dia kata..kalau tak faham boleh tanya...so aku yang lembab ni pun tak fahamm...tanya la...sekali dia tengking aku...ehehehehe...kaw2 punyer sampai kelas sebelah dngar...aku makin tak faham naper dia tengking aku...semakin banyak la benda yang aku tak faham kan..dengan selambaer aku tanya..kenapa cikgu marah saya..pastu pelepuk pemadam papan hitam kena muker aku...putih jer satu muker.. sejka dari tu aku da tak suker kelas dia...aku tiru kawan2..suh kawan buatkan..ehehehe lantaklah..yang penting aku tak kena marah..
ader 2 persolan yang aku terfikir sekarang ni..
1. pesal cikgu tu marah sangat dengan aku..(gaduh suami isteri kot ehehe)
2. wajarkah guru campurkan urusan perasaan khususnya marah kepada pelajar...
eh 3 la..eheheh
3. tidak bolehkah mendidik tanpa kemarahan dan rotan

Guru bukan sekadar profession untuk mendapatkan gai setiap bulan semata-mata tapi adalah tanggungjawab yang perlu dipikul dan yes! akan dipersoalkan di akhirat nanti...sedap jer cakap..aku pun bakal jadi seorang guru kelak..ehehehe...
bagi aku guru juga manusia ..punya hati dan perasaan...yer kita tak boleh campurkan masalah dirumah dan melpaskan kemarahan pada anak-anak disekolah tapi kadang2 secara kita tak sedar perkara itu berlaku..dan malangnya..pelajar-pelajr pula akan sedar hal itu...hah kerana itulah kekuatan diperlukan untuk jadi seorang guru..silap2 leh sakit mental woo...dan kalau la pengalaman aku dibaling daster tu berlaku hari ini.cnfirm...da masuk page depan...suratkhabar..tp dulu kita sangat hormat guru kita...mgadulah apa yng cikgu buat kat sekolah kena tambah hukuma lagi ader...wawawawa diam sudaa....
persoalan yang ke tiga..mendidik tanpa marah dan rotan...
pasti boleh...senakal-nakal pelajar..kalu kita layan dia dengan baik pasti hatinya kan lentur juga...kuncinya adlah sabar..bukankah sabar itu indah....kesan rotan itu nampak ditangan tapi kesannya hanya seketika..tapi jika guru curahidengan ketegasan + kasih sayang..pasti...ia akan lebih memberi kesan yang mendalam...

balik kepada baby...ehhehehehe aku kata pada dia..dia lebih pandai dari aku dan dia tak perlukan aku untuk belajar matematik...kerana aku adalah seorang yang anti matematik...tapi bukan bodoh matematik okey!huuuhuhuhu...mungkin ia bukan bidang aku...kalau aku dalam bidang tu boleh sewel aser...wawawawaw...tapi dalam tak sedar kita sentiasa menggunakan etematik dalam kehidupan seharian kita...tak sewel pon...ehehehhehe
apapun jgn cipta alasan untuk mengelak dari sesuatu dan setiap alasan itu sebenarnya menunjukkan kelemahan kita...hah aku tak kira...aku mang tak suka matematik...ehehehe tapi boleh jer ngajor ....
aku kan jadi seorang guru dan aku akan berusaha menjadi guru yang cemerlang..!
jap2!
matematik dan genetik title aku tu...ehhehehe
aku kata : aku anti matematik
baby kata : ala tak suka la mate ni..
ehehehehe jawapanyer adalh bukan...tokoh terkenal maria MONtessori mngatakan persekitaran yang membina perlu untuk lebih meransang pembelajaran bermula dari kanak-kank..hah..ni suma bukan pasal genetik...tpi tentang persekitaran...
tugas berat bagi seorang guru..ehehehehe lame2 merepek aku nanti...wawawawaw

kecewa..

kenapa aku katakan perkataan kecewa hari ini....hal ini adalah kerana sakit hati dilayan seperti hina sangat di *********...persolannyer mengapa, kenapa, dan bagaimana seorang yang ditugaskan menjaga kaunter ataupun da memang kerjanya menjaga kaunter terlalu biadap dan bagai tidak mahu mendengar pertanyaan. jika seperti itu apa gunanya kaunter pertanyaan...kan lebih baik letak kaunter bersembang ke...kaunter juaalan aksa ker...agak2 la..berapa tinggi tahap pelajaran orang-org2 neh...sampai mereka rasa mereka berkuasa sangat..memang kita tak boleh hukum kerana nila setitik rosak susu sebelanga..tapi yang aku jumpa ni mang betul2 boleh wat marah...eheheheh orang yang sabar adalah orang yang dapat mengawal perasaan marahnya...kalau kau pun marah2 tak ader bezanya aku ngan dia...ehehehehe

Wednesday, July 22, 2009

KEM PIMPIN SISWA siri 1: D'Puncak Bris,Sikh Kedah.


kenangan...

hurm...biarlah apa yang berlaku dalam hidupku..
eheheh tiba2 jer blog karya prasekolah aku ni jadi blog luah perasaan...
erm...final year sekarang..tapi..hish...kenapa aku masih lagi rasa belum puas ek..
belom puas ader kat usm..ehehe
entah nak samapai bape tahun pon aku tak tahu...erm ..minggu lepas aku ke kem pimpin siswa siri 1 di kem D'puncak bris, sikh kedah..aku sebagai Fassilitator...satu pengalaman yang aman menarik..modul2 yang telah dirangka oleh tenaga pakar USM dapat dilancarkan dengan jayanya..dan mungkin selepas ini ader penambahbaikan yang boleh dilaksanakan seperti ;

1. kekalkan fassilitator disetiap kem..kerana ia akan membantu kerjasama da keakraban antara fassi sendiri..
2. JPA yang bertugas perlu tahu dan tetapkan laluan sebenarnya jika sesuatu aktiviti ingin dijalankan.


kadang2 org bju merah tu garang glo..kadang2 apening glo...ehehehe

aku tak tahu bgaimna keadaanya ditempat lain..tapi bagi aku dikem D'puncak bris ini ia adalah pengalaman yang agak berguna untuk aku pada masa akan datang... apatah lagi kem komandan yang mengendalikan kem ini adalah seorang yang amat ku kagumi..ehehehe penggawa desasiswa tekun..Dr. Nazarudin b. zainun yang amat hebat menguruskan perjlanan dan kelancaran kem...amat bertuah la kem yang mendapat khidmat beliau..bukan mengatakan pegawai2 lain tidak bagus tetapi ini hanyalah pandangan peribadi tambahan pula belum pernah bekerjasama dengan yang lain2. apa yang menarik tentang beliau...beliau tegas dan riang pada ruang yang betul...jika anda patuh arahan dan di masa2 anda tidak perlu mengikut peraturan..beliau akan nice berbual dan menegur sapa anda...dan dalam masa yang sama anda akan menghormati beliau...insan yang hebat akan sentiasa hebat walau di mana beliau berada...jika dulu beliau seorang pelajar yang hebat..kini beliau telah menjadi pemimpin yang hebat..bermula dari keluarganya yang bahagia itu...ehehehee..cter pasal doc naza ajer..doc lela ngan doc nurul pun sangat baik...doc lela sebagai timbalan kem komandan (TKGK ehehehe)mereka ni sangat komited..huhuhuhu...mula2 macm takut jer nak rapat..tapi bl da mula mesra..best sangat..diaorang ni ajar aku cara bekerja secara profesional...tp aku ni kena jado camerawomen doc lela dan tukang kopek durian untuk dia..ehehehhe takpela..apepun...diorang mang sangat40x baik.......
minggu ini aku berada di kem PJ Santosa Campisite...bersama Tuan Hj. MOghni (kU) dan yang lain2....erm.. siri dua..moga2 semua berjalan dengan lancar seperti kem yang lepas...tapi yang pasti aku tidak akan segembira di kem bris siri 1...tiada dr.naza dan dr. lela yang selalu buli dan perli serta usik2 sampai nak tergelak...tiada doc nurul jadi rakan fassi..untuk semua team kem D'puncak bris siri 1...mis u'll...